Semalam ana minum malam di Putrajaya. Kedai mamak ajer. Bukan pergi Shang ri la. Lepak-lepak dengan kawan anggota keselamatan di JPM. Dia pun dah lama di JPM. Belas tahun. Walaupun kerja gomen. Hati dan undi dengan kita.
Dia kata, semalam ramai betul pelawat. Semuanya atas urusan peribadi dengan PM. Ana kata, siapa sahaja yang dia nampak.
Dia kata, antara yang dia nampak dengan jelas:
Aziz Sheikh Fadzir
Anak Mat Rahmat (Jazlan)
Cina Johor (Wee Jeck Seng)
Hasbi Pendek
Orang Sabah
Mas Ermieyati Puteri
Ana tengok-tengok balik, semua anggota PAC! Wah, ini sudah bagus. Ada usaha apa-apa ka nak bagi PAC diam?
Payah juga kalau macam ini.
Sudahlah anggota PAC 9 (bn). 5 (pr).
Nampak gayanya selesai jugalah isu 1mdb.
Boleh kita percaya anggota PAC kalau mereka sudah berjumpa dengan PM? Takkan maklumat kawan ana di JPM tak betul.
Dia tak pernah menipu ana. Orang surau.