Sebenarnya, dalam panggil ADINDA-ADINDA, banyak benda yang Mantan MB Terengganu belasah MB baru dalam Sidang DUN. Banyak perkara-perkara yang melibatkan integriti Mentri Beso sendiri yang dirasakan tidak telus.
Mantan MB tanya MB baru banyok mender :-
– Soal LPT
– Soal WIFI (siapa dia EGN Network ini)
– Soal Bilik di Permai Inn (war room Menteri Beso Ganu)
– Soal 1MDB
– Soal penyata SEDC yang tidak tepat
Bila Mat Said buka semua cerita ini, kita tahu Terengganu sebenarnya tak lah sehebat mana. Ada potensi nak terlingkup UMNO di Terengganu ini.
DUN
BN – 17
PAS – 14
PKR – 1

PARLIMEN
BN – 4
PAS -4

Jatuh kerana wakil BN mungkin tidak lah. Tapi kalau nakkan imej Kerajaan Negeri dan MB calar, rasanya dah cukup.
Kalau Kit Siang kata Pas akan berkubur, dia patut tengok situasi di Terengganu yang semakin meriah sekarang ini.