Ana tak tahulah nak kata, samada nak gelak atau gerun dengan ugutan, ancaman dan kenyataan panglima bugis kononnya dia tidak akan berganjak walaupun seinci apabila diasak. Bukan main lagi garang.
Soalnya, pernah tak dengar Panglima Bugis takutkan bini? Memang tak takut dilambung ombak, tapi kalau bini senggol sedikit pun, Panglima Bugis kecut perut dan sanggup berdiam diri.
Obama yang menjadi Commander-in-Chief kepada askar Amerika pun, cuak bila Michelle Obama naik angin. Mengeliput. Apalah sangat Panglima Bugis dari Makasar ini.
Sekarang ini dalam UMNO, ada sindrom baru. ‘Aku Darah Bugis’. Kononnya semua dah mengaku darah Bugis dan sanggup mempertahan boss sehinggga titisan air mazi yang terakhir.
Ini semua lakonan sinetron dalam UMNO. Lawak pun ada.
Time macam inilah buka salasilah. Konon dia ada leluhur pahlawan terbilang.
Tak ada panglima bugis yang takut bini. Tapi kebelakangan ini jadi begitu. Kena jerkah dek bini, menggelabah cari jalan nak selesaikan.
Ana tak heran dengan panglima bugis yang takut bini?
Sudahnya, kepahlawanan Bugis lesap disondol orang Minang.
Dah kena Komat Jolobu, panglima Bugis pun boleh jadi macam tikus makmal.