*ETP menggariskan lima petunjuk utama pencapaian kerajaan bagi tempoh lima
tahun bermula 2010 iaitu:

Pertama, pendapatan per Kapita Rakyat Malaysia telah meningkat daripada
US$7,059 pada 2009 kepada US$10,426 pada 2014;

Kedua, nilai pelaburan kekal tinggi dengan pelaburan sebanyak RM142 bilion
pada 2009 dan meningkat kepada RM228 bilion pada 2014;

Ketiga, 1.5 juta pekerjaan baru diwujudkan setakat 2014 dalam
sektor-sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sejak 2010;

Keempat, lebih 5 juta rakyat lagi di kawasan luar bandar mendapat
manfaat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih semenjak GTP dan
ETP dilaksanakan;

Kelima, hampir 170,000 golongan miskin berjaya dibawa keluar dari
kepompong kemiskinan, susulan kenaikan jumlah pendapatan mereka dalam tempoh 5
tahun ini.

* Aktiviti pelaburan di Pengerang Integrated Complex dengan nilai pelaburan
mencecah US$27 bilion menjelang 2019 dan mampu menyedia sehingga
4,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.
* Pembinaan jalan sepanjang 242 kilometer siap dibina, 6,000 rumah
menerima bekalan air bersih, 13,000 keluarga mendapat bekalan elektrik dan 5,500
kediaman baharu siap dibina.
* Sebanyak 307 buah Klinik 1Malaysia ditubuhkan di seluruh negara sejak
2010, yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar dengan membawa manfaat kepada
lebih 15.8 juta kes pendaftaran.
* Sebanyak 7 juta isi rumah rakyat Malaysia nikmati Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BRIM).
* Sebanyak 161 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM) diwujudkan sejak 2010 yang
menawarkan harga barangan antara 15 hingga 30 peratus lebih rendah daripada
harga pasaran.
* Lebih 5 juta rakyat luar bandar mendapat kemudahan seperti jalan raya,
bekalan air bersih dan elektrik sejak 2010.
* Jalan raya luar bandar sepanjang 4,553 kilometer dibina antara 2010 dan
2014.
* Perkhidmatan Bus Rapid Transit atau BRT Sunway Line oleh Prasarana
Malaysia Berhad dijangka siap pada Jun 2015 untuk kemudahan 500,000 penduduk
sekitar Subang Jaya dan Bandar Sunway.
* Projek Fasa 1 Program Peluasan Aliran LRT Ampang akan siap sepenuhnya pada
Oktober 2015 dan bakal memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Sri
Petaling, Bukit Jalil dan Puchong.
* Hampir 170,000 orang daripada golongan miskin dapat manfaat daripada
pelaksanaan program Akhiri Zaman Kemiskinan atau 1AZAM dan hampir 65,000
keluarga dibantu untuk pembangunan kapasiti dan kemahiran.

* Lebih RM100 juta bantuan yuran kepada hampir 130,000 pelajar prasekolah
di institusi swasta dan dari golongan isi rumah berpendapatan rendah.
* Bantuan yuran sekolah berjumlah hampir RM7.5 juta dinikmati oleh lebih
3,000 kanak-kanak yang ditempatkan di pusat penjagaan kanak-kanak swasta.
* Sebanyak 13 buah sekolah lagi dikenal pasti sebagai Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) pada 2014 menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 128 buah.
* Kadar indeks jenayah negara di bawah GTP berjaya dikurangkan
sebanyak 40 peratus dalam tempoh 5 tahun lepas.
* Kes kecurian kereta menurun kepada hampir 20 peratus pada 2014.

* Skor Indeks Persepsi di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Membanteras Rasuah meningkat daripada tangga ke-44 pada 2010, kepada tangga
ke-52 pada 2014, daripada kalangan 175 buah negara.
* Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara antara paling tinggi
dalam kalangan negara ASEAN dengan mencapai pertumbuhan 6 peratus berbanding
anggaran 5.7 peratus oleh Bank Dunia.
* Sebanyak 64 peratus daripada jumlah pelaburan keseluruhan pada 2014 adalah
oleh sektor swasta.
* Pencapaian ETP berasaskan pencapaian menyeluruh menjelang 2020 iaitu
mencapai pendapatan perkapita rakyat sebanyak US$15,000, yang mewujudkan
3.3 juta peluang pekerjaan dan memperoleh US$444 bilion nilai
pelaburan.
* Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang sehingga 2014, mendahului
jadual dengan penyiapan 59 peratus dan dijangka beroperasi pada Julai 2017.

* Projek MRT memberi ruang pekerjaan kepada kira-kira 2,800 jurutera
Malaysia, di mana 20 peratus daripadanya adalah jurutera muda.
* Projek pembersihan Sungai Kelang dan Sungai Gombak setakat 2014 adalah
pada paras 53 peratus.
* Lapan loji rawatan air sungai dan empat loji rawatan air sisa siap dibina.
* Hampir 2,000 usahawan runcit memperoleh manfaat dengan menyertai program
Transformasi Peruncit Kecil (TUKAR) di bawah NKRA Pemborongan dan Peruncitan
sejak 2011.
* Jumlah pelancong yang melawat Malaysia meningkat sebanyak 6.7 peratus
kepada hampir 28 juta sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

* Kerajaan meluluskan satu lagi ruang perniagaan mewah terbesar di
Asia Tenggara berhampiran KLIA diberi nama ‘Mitsui Outlet Park’ yang akan
beroperasi pertengahan tahun ini.
* Inisiatif Produk Herba Bernilai Tinggi membantu melonjak nilai produk
seperti herba tongkat ali hingga mencecah RM2,800 sekilogram selepas proses
piawaian.
* Jumlah pekerja mahir ditingkatkan kepada 50 peratus daripada jumlah
tenaga kerja negara menjelang 2020.
* Tenaga kerja wanita akan ditingkatkan kepada 55 peratus menjelang akhir
2015 dan 30 peratus penyertaan wanita pada peringkat pembuat keputusan menjelang
2016
* Hampir RM48 bilion peluang perniagaan, pembiayaan dan pendidikan
diwujudkan untuk komuniti Bumiputera sehingga kini.

* Program meningkatkan akses Bumiputera kepada pembiayaan dan pasaran iaitu
Dana Teras sebanyak RM2 bilion, Dana Halal (RM580 juta), dan pelaksanaan Skim
Jejak Jaya Bumiputera.
* KPI keseluruhan bagi NKRA menjangkau 105 peratus manakala bagi
keseluruhan NKEA pula melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110
peratus.
* Laporan Indeks Kemudahan Menjalankan Perniagaan yang dikeluarkan oleh
Bank Dunia meletakkan Malaysia di kedudukan ke-18, berbanding pada kedudukan
ke-20 sebelumnya.
* IMD World Competitiveness Yearbook 2014, melaporkan kedudukan Malaysia
meningkat kepada kedudukan ke-12 daripada tangga ke-15.