Ana kadang-kadang memang sakit hati dengan permainan politik Pemuda Pas. Tak kira peringkat mana pun. Memang menyakitkan hati. Payah kalau main politik tapi tak ada telo ni. Sikit-sikit nak U turn. Sikit-sikit nak pusing.
Ana nak beritahu Pemuda PAS, tak kira di Permatang Pauh, Rompin, Pulau Pinang atau mana-mana sahaja. Dalam politik pendirian sangat penting. Kalau main konar-konar orang tak respek. Buat menyampah lagi ada.
Isu ini nampak macam kecik. Tapi kesan boleh sampai ke Rompin. Sedangkan ada petunjuk baik pengundi Rompin nak memberikan kita undi yang lebih banyak. Tapi bila pendirian tak tetap, mungkin mereka juga konar kita.
Ana dimaklumkan seorang rakan di Permatang Pauh, ada unsur wang yang membolehkan u turn ini dibuat. Katanya, boleh tahan juga jumlahnya.
Siapa yang pegang duit? Sudah dapat senyap sahaja ke.
Nak kira macamana? Nak bagi seorang sikit atau untuk ahli Pemuda sahaja. Kalau sikit sangat dapat, puas ke hati jentera kita?
Ana minta biarlah telus bab buat u turn ini. Katanya ada dua pihak yang huluq. Azmin dan Guan Eng. Kalau seorang 100k pun. Banyak juga tu.
Kalau bagi 4000 orang, dapatlah seorang rm50.
Itu sahajakah maruah kita? RM50?