Dengan cerita-cerita UMNO yang semakin gawat dan berkonspirasi sesama sendiri, ana yakin kita ada peluang yang lebih baik kali ni.
Menang ana tak rasalah. Tapi pada ana, kita patut target untuk dapat 45 % undi pada PRK kali ini. 45% daripada keseluruhan undi.
Kira-kira ana memang simple ajer. Ana rasa, kita patut target untuk mendapat 20,000 undi sahaja kali ini. Target begitu lebih senang. Tak perlu kita cerita lebat nak menang. Kita turun ke tempat mengundi:-
‘Berikan Kami 1 Undi – Untuk Kami Cukupkan 20,000. Ini undi Bantah GST. Kita Tersiksa’
Cukup.
Pada ana, kalau kita boleh dapat 20,000 undi – UMNO akan lebih seronok perang saudara. Ini yang kita nak tengok.
20,000 bukannya banyak. Tambah 6,000 apa yang kita dapat sebelum ini. Kalau betul-betul terjadi, ana rasa memang terbaik lah.
Bukan ana kata tak boleh menang. Tapi angka ini lebih sesuai. Tak perlu menang pun. Tak merubah apa-apa.
Sebelum ini kita dapat 14,926 undi.
Kita hanya nak 5,074 undi lagi. 
Kalau itu terjadi.
Najib OUT. Hisham OUT. Senang cerita.
BODOH la pengundi Rompin kalau tak dapatkan peluang ini.