Ana sempat minum dengan dua orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian pagi tadi. Seorang dari Johor. Seorang dari Melaka. Ana terus mengaku bahawa ana orang Pas. Sekadar membantu sebagai blogger.
Ana nampak muka Ketua Pemuda Bahagian dari Johor itu macam pucat lesi. Tak bermaya. Ana tanyalah, ‘Enta penat? Baru sehari enta dah penat?’.
Dia kata, ana letak dalam point ajer:-
  • Bukan penat sebab Pas. Tapi penat dengan perangai orang UMNO sendiri. Minggu lepas suruh julang Presiden. Minggu ini, orang sama cakap pasal Presiden sudah jadi nanah kepada parti.
  • Yakin dalam Pas tak ada usaha nak jahanamkan Presiden sendiri
  • Najib bukan maksum. Tapi gila babi lah kalau nak menang di Rompin, kalau kita masih kata Presiden kita sendiri lemah.
  • Saya malu dengan orang Pas.
  • Orang UMNO dah tak sayang pemimpin.
  • Kasihan Najib, dia orang baik.
Ana tak campur urusan parti orang lain, tapi ana tengok dia memang kecewa.
Dia cakap pada ana, tak patut Naib Ketua Pemuda UMNO keluar ayat macam itu. Dia macam tak tahu berterima kasih.
Ana selidik, NKP UMNO ini adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kalau da Ahli MT UMNO sendiri kutuk Presiden parti, maknanya, memang sial lah Presiden UMNO ni. Ana anggap gitu ajer.
Ana doa UMNO akan kalah dan pecah di Rompin.
Tak perlulah nak tunjuk pasal calon BN yang dulu jadi Lembaga Pengarah ASPA dan DARA.
Dua-dua dah bankrap.
Sama macam calon BN juga. Muka pun muka sangap.
Dia bertanding sebab kemaruk jawatan. Bukan nak khidmat.