PAS meminta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP memahami perjuangan parti itu dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS banyak bertolak ansur dengan PKR dan DAP dalam beberapa isu dan berharap DAP dapat melakukan hal yang sama.

“Tak setuju tak jadi masalah.  Itu hak kita masing-masing seperti mana PAS tak bersetuju dengan pilihan raya PBT, kita beritahu secara terus terang kepada DAP kita tidak setuju.

“Kita tidak boleh terima tetapi kita tidak pernah besar-besarkan isu.  Kita tidak sampai peringkat ugut DAP, tekan DAP tetapi hormat itu perjuangan dia.

“Sikap sperti ini juga yang kita harapkan bila kita bercakap soal undang-undang jenayah Islam. Apa yang kita harapkan ialah persefahaman kawan kita dalam Pakatan Rakyat,” kata beliau yang juga AJK PAS Pusat ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Selayang Kali Ke-32 dekat sini, hari ini.

**********************
Budaya ugut ini memang budaya politik orang Cina. Tak dapat ugut. Nak dekat pilihanraya pun kita dapat tengok macam-macam ugutan.
 
Ingat macamana Suqiu ugut UMNO? Memang kita ketawa waktu itu, tapi kita lupa, rupanya kita pun kena politik ugut.
 
DAP ini memang saki baki komunis. Itu adalah asasnya. Untuk menang PRU, memang tak salah kita kerjasama dengan komunis, tapi mereka pun mesti faham dengan kedudukan kita. Kalau asyik tunduk kepada komunis, kapal politik kita pun mungkin karam.
 
Ini yang komunis DAP ini kurang faham.