Ana memang angkat tangan dua belah dan bersetuju benar kalau PKR sudi nak berikan kerusi PP kepada Abang Mat Sabu. Bukan soal suka. Tapi ana rasa, Mat Sabu ini perlukan pentas sebenar untuk tunjuk kuat dan handal.
Kalau semua ingat, tahun 1986, Mat Sabu pernah kalah kepada Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada tahun 1986.
1986
Anwar Ibrahim (BN): 17,979 undi
Muhamad Sabu (PAS): 7,500 undi
Majoriti: 10,479 undi
Kalau betul Abang Mat diberikan tempat untuk bertanding kali ini, memang bagaikan sireh pulang ke gagang. Hajat kita nak merampas kerusi Parlimen keluarga ini mungkin sahaja terlaksana.
Soal ana benci Abang Mat tak timbul. Kita nak menang. Kalau dapat kerusi, barulah kita cerita lain.
Ana dimaklumkan, Presiden tak ada halangan untuk melepaskan Abang Mat bertanding di Permatang Pauh. Kalau PKR setuju, kita akan OKAY.
Mungkin selepas ini kita boleh swap kerusi kita untuk PKR. Kerusi macam Titiwangsa, boleh diserahkan kepada Nuha atau anak menantu Anwar yang lain.
Pada ana, kalau betul PKR terbuka, elok bagi kita bertanding. 
 
Barulah ada usaha nak jernihkan keadaan.