PAS akan mengumumkan calon parti untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 20 April ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang dilantik sebagai pengarah Jawatankuasa parti bagi PRK itu berkata, setakat ini parti masih menunggu senarai cadangan calon daripada PAS Rompin untuk dipertimbangkan.

Pada pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Mengulas sama ada PAS mungkin mengekalkan calon terdahulu atau melantik calon muka baru, Tuan Ibrahim berkata terpulang pada keputusan perbincangan nanti namun yang pasti calon adalah anak setempat.

Beliau berkata pada PRK kali ini, objektif utama PAS ialah mengambil peluang untuk menerangkan isu-isu semasa kepada penduduk setempat.

*************
Ana rasa, kalau pakai calon anak setempat lagi, kita akan tewas lagi dengan majoriti yang kurang sedikit – sekitar 12,000 undi. Pada ana, ini bukan lagi pasal calon setempat. Calon kita kena ada nama dan setara dengan lawan kita.
Pada ana, elok kalau PJP Pahang sendiri turun bertanding di Rompin. Kalau menang, ini adalah kemenangan paling strategik kepada Pas.
Ana nak letakkan begini sahaja. Apa kesan kalau kita menang di Rompin?
i. Najib akan mabuk dan pening kepala. Lebih banyak suara menyalahkah Najib sebagai punca kelemahan UMNO.
ii. Tun M akan lebih vokal.
iii. UMNO akan berantakan.
iv. Pas akan dapat kerusi dan hati rakyat.
Pada ana, kita ada peluang kalau PJP sendiri bertanding. Orang lain? Membazir masa.
Maklumat yang ana dapat, UMNO akan letakkan orang muda sebagai calon.
Bekas ADUN, yang sekarang ini PSU kepada Menantu Pak Lah adalah calon favourite. Saffri Aziz. Ana tak kenal sangat. Tapi ramai yang kata, pandai agama.
Kalau UMNO letak Saffri, jawabnya kita kena letak PJP. Selain PJP. Lauk.