PKR sudah memutuskan individu layak bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh, bagaimanapun ia diumumkan secara rasmi apabila tiba masa.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR membuka bilik operasinya pada 14 April ini.

“Sudah ada perbincangan dan kita akan umumkan bila tiba masanya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Annex, Shah Alam, hari ini.

Pun begitu, Adun Kajang itu enggan mengulas spekulasi Nurul Nuha Anwar, anak keduanya itu diangkat sebagai calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei, dan penamaan calon pada 25 April.

Kerusi itu kosong setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen pada 16 Mac lalu sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja dipohon keluarganya.

Jauh Beza Pas dan PKR

Kita tengok apabila Allahyarham TG Nik Aziz meninggal, apakah tak ada dorongan, sokongan, permintaan dan ketetapan agar ahli keluarga diberikan keutamaan? Apakah tidak ada kaki bodek yang mengatakan kerusi itu mesti menjadi kerusi warisan keluarga dan tidak terlepas kepada orang lain.

Tapi disebabkan Pas ini parti yang terbuka dan tidak mementingkan nasab keturunan, maka calon di luar keluarga TG juga diberikan keutamaan.

Ini tak berlaku dalam PKR. Kepada PKR, Permatang Pauh mestilah menjadi kerusi harta pusaka milik keluarga Segambut. Orang lain? Boleh pergi jahanam.

Sebab itu, balik-balik nama sama disebutkan. Nuha, Wan Azizah. Wan Azizah, Nuha. Nuha, Wan Azizah. Buruk sungguh perangai.

“Hai manusia! ketahuilah Sesungguhnya Rabb kamu adalah satu, dan sesungguhnya bapak kamu pun satu. Ketahuilah! Tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang asing dan tidak ada kelebihan bagi orang asing atas orang arab, dan tidak ada kelebihan bagi orang yang berkulit merah atas orang yang berkuli hitam, dan tidak ada kelebihan atas orang yang berkulit hitam atas orang yang berkulit merah kecuali dengan TAQWA. Bukankah aku telah menyampaikannya?” Mereka (para shahabat) menjawab:”(Benar) bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam telah menyampaikannya..” Hadis Shahih riwayat Imam Ahmad

Tapi dalam PKR, Segambut ini sudah lebih daripada keturunan Arab. Mereka istimewa dan mesti sentiasa diberikan kedudukan yang tinggi.

Puuuiiiii.