Pas Kawasan Segamat sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden semasa Mesyuarat Agung Kawasan Pas Segamat Kali Ke-32 di Hotel Golden Lake, di sini, hari ini. 

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, selain Husam, sebanyak tiga nama telah dicalonkan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
 

“Datuk Husam mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 44 undi diikuti oleh Datuk Seri Abdul Hadi (36 undi) dan Datuk Dr Mujahid Yusof (satu undi). 

Seramai 83 ahli Pas Kawasan Segamat telah mengundi dan terdapat dua undi rosak. 

“Kita melihat pencalonan ini dibuat dari peringkat akar umbi dan berharap Datuk Husam menerima dengan terbuka pencalonan ini kerana kami memang menyokong penuh beliau bertanding jawatan Presiden,” katanya.
 

Menurutnya, pencalonan ini juga dilihat sebagai isyarat kepada pemimpin di peringkat pusat bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat pembaharuan pada Pas dan percaya Husam boleh melakukannya.
 

 
Firdaus ini lupa, jika itu alasannya, dia sendiri patut ketepikan diri sendiri daripada bertanding dalam PRU yang lepas. Tapi kenapa, sewaktu pencalonan, menangis dan memujuk rayu kepimpinan supaya diberikan peluang sekali lagi dan kononnya boleh menang dengan 700 undi. 
 
Firdaus lupa, betapa TG Haji Hadi sendiri menganggap dia patut diberikan peluang kerana masih muda dan berbakat. Jenis orang tidak tahu berterima kasih ini, memang layak dipinggirkan sama sekali.
 
TG Haji Hadi lah antara pemimpin yang mahukan Firdaus menjadi pelita baru perjuangan Pas di Johor.
 
Dengan sikap yang diambil Pas Segamat, ana rasa elok selepas ini, Firdaus ini ditenggelamkan dengan egonya sebagai pemimpin kerdil. Sudah buat keputusan, tunggu sahaja bala yang akan menimpa.