Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkemungkinan besar bakal dipecat oleh parti berkenaan ekoran kenyataanya tidak menyokong perlaksanaan hudud baru-baru ini.

Kedudukan Mohammad Nizar didalam parti berkenaan mula menjadi persoalan selepas Dewan Ulama PAS Perak mengeluarkan kenyataan sudah hilang kepercayaan terhadap bekas Menteri Besar Perak itu.

Dalam satu kenyataan Ketua Penerangan PAS Perak, Norazli Musa berkata, Dewan Ulama disana sudah membuat satu pendirian untuk tidak percaya kepada Mohammad Nizar dalam satu mesyuarat sebelum ini.

Norazli berkata, PAS masih belum memutuskan nasib Mohammad Nizar dan seorang lagi ahli iaitu Yang Dipertua (YDP) PAS Tambun,  Dr Khairuddin Abdul Malik berhubung tindakan tidak menyokong hudud.

“Perkara itu disahkan dan diputuskan selepas berlangsung mesyuarat Dewan Ulama Pas Perak Ahad lalu,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi semalam.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri dan kami akan buat kenyataan secara rasmi selepas mendapat maklum balas beliau,” katanya dalam satu kenyaataan.

Sebelum ini,  Mohammad Nizar dan Khairuddin telah membuat satu kenyataan untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih negeri berkenaan pada pilihan raya akan datang.

—————-
 
Kita harap, tidak ramai pimpinan PAS yang masih lagi berada di bawah telunjuk komunis DAP. Ini antara yang wajar kita ambil tindakan, dan ana puji jika PAS Perak buat keputusan yang tegas.
 
Ana pernah dimaklumkan, Nizar sememangnya sudah lama tawar hati untuk berada dalam PAS. Jika PAS Perak ambil tindakan, Nizar sudah pasang badan untuk jadi MB lagi, tapi di bawah payung DAP.
 
Kegilaan jawatan macam Nizar ini obatnya pecat sahaja. Bior padan muka die. Jenis tak reti diuntung.
 
Dia ingat main politik ini macam main lompat katak. Ikut suka bila nak lompat.
 
Payah bila penyakit NgaNgeh sudah ada dalam diri. Jahanam.