Ana setuju dengan pandangan Timbalan MB Kelantan, apa salahnya untuk private bill Hudud dibentang dan didebatkan di Parlimen? Tak ada salah pun. Kalau kertas-kertas keduniaan dan korupsi lain boleh dibincang dan didebatkan, kenapa tidak Hudud.
Bukan soal terima atau tidak terima. Kita tak kisah pun kalau ada wakil rakyat Islam sendiri yang bangkang.
Katanya Wakil Rakyat Kota Belud ready nak bangkang. Wakil Rakyat Kebinatangan pun sama. Wakil Rakyat kita sendiri; Shah Alam dan Parit Buntar kata nak belasah. Baguslah. Pada ana, rakyat akan perhati dan nilai.
Lagi banyak mereka balun dan persenda hukum Allah, lagi sedap kita perhati. Kalau ada wakil rakyat UMNO dan PKR nak join sekali belasah Hudud, dipersilakan.
Ana kaji, antara wakil rakyat UMNO yang kita boleh harapkan untuk sokong kita:-
– Kepala Batas (walaupun korup dan berbini 3, budak ni kira ok jugalah)
– Kuala Kangsar
– Jasin
– Sabak Bernam
– Setiawangsa
– Titiwangsa
– Baling (gila apa Pengerusi Tabung Haji tak sokong)
– Kulim
– Parit
– Merbok
Ok jugalah. Yang penting mereka berani nyatakan pendirian. Barulah ada makna perjumpaan di Parlimen