Menteri Kewangan enggan menjawab status audit Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap pinjaman yang diberikan oleh bank tempatan iaitu Maybank, RHB dan Ambank kepada 1MDB.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam pertanyaan lisannya di Dewan Rakyat semalam meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan setiap hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan sehingga januari 2015 dan bagi tujuan tersebut, nyatakan keputusan audit tahunan terkini yang dibuat oleh BNM berkenaan setiap hutang tersebut.

Namun menjawab pertanyaan itu Menteri Kewangan hanya menjelaskan bahawa sehingga Januari 2015, jumlah hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan sebanyak RM5.037 bilion.

Rafizi berkata, jawapan Menteri Kewangan itu sekaligus mengesahkan bahawa dakwaan dan maklumat yang diperoleh ada kebenarannya.

“Jika audit BNM tidak menimbulkan apa-apa teguran atau kelemahan dalam proses kelulusan pinjaman oleh 1MDB, sudah tentu Menteri Kewangan tidak teragak-agak untuk mendedahkan keputusan audit itu,”soal Rafizi dalam kenyataannya.

Jelas Rafizi, apabila jawapan menteri kepada soalan parlimen mengelak sepenuhnya dari satu soalan yang khusus sebegini, beliau beranggapan ia adalah pengesahan bahawa BNM memang menegur Ambank mengenai proses kelulusan pinjaman kepada 1MDB seperti yang didakwa sebelum ini.

————————–
Ana memang jarang-jarang guna isu 1MDB dan apatah lagi Rafizi. Pada ana, Rafizi ini penting diri. Hanya fikir pasal PKR dan tidak ingat kepada rakan politik lain.
Tapi dalam isu 1MDB, ana rasa, Rafizi memang faham dengan isu dan masalah. Ana sendiri tak faham. Kelam kabut.
A pinjam B. B kawan A. Tapi C yang jamin. Lebih menarik bila D yang jadi rakan kongsi tarik diri tengah jalan. A pergi bayar E. Mahal pulak tu. Tapi A tak beritahu, E sebenarnya simpan duit haram.
Ana tak minat sangat.
1MDB ini, pada ana,ubatnya adalah jual semua. Kembalikan duit rakyat dalam kantung negara. Najib jangan eksen sangat. Akui kelemahan 1MDB.