PAS kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dengan majoriti 10,092 undi.

Keputusan itu menunjukkan peningkatan lebih 3,500 undi majoriti berbanding pilihan raya umum lalu.

Penambahan majoriti itu dipercayai berlaku ekoran BN tidak meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil DUN itu.

PAS diwakili ustaz mudanya Ahmad Fathan Mahmood, 42.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

Fathan mendapat 10,899 undi manakala calon bebas tidak memberikan banyak saingan dengan Fadzillah mendapat 89
undi, Izat Bukhary (51 undi), Aslah (27 undi) dan Sharif (807
undi).

Undi rosak sebanyak 140 undi.

Pada ana, kemenangan ini sangat bermakna dan bergaya. Seorang ustaz muda, 42 tahun diangkat sebagai wakil rakyat yang baru. Pada ana, kalau Pas teruskan dengan usaha macam ini, perkenal calon baru, kita akan dapat keputusan yang lebih baik dalam PRU akan datang.
Sementara itu, ana dimaklumkan ada 7 orang Ahli Parlimen PAS yang tidak akan menyokong pembentangan Hudud.
Ana minta, sebagai Presiden parti, Haji Hadi buat ketetapan agar ketujuh-tujuh mereka digugurkan serta merta sebagai calon akan datang.
Kalau molek lagi, pecat mereka dan biar mereka masuk parti lain. Tak perlu ada penentang hudud dalam Pas.