Kerajaan Kelantan pimpinan Pas hari ini membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada sidang Dun Kelantan bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Usul pindaan enakmen itu yang dibacakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob selama hampir 45 minit itu kini mula dibahaskan dengan penyertaan seramai 45 Adun Kelantan.

Selepas draf pindaan enakmen itu dibahaskan, ia seterusnya akan menjalani proses undian sama ditolak atau disokong bagi membolehkan Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Bagaimanapun, Kerajaan Kelantan bakal berdepan laluan mudah apabila majoriti Adun Kelantan adalah dari Pas iaitu seramai 32 orang manakala 12 lagi Umno dan seorang PKR.

————–
Yang paling ana nak gelak adalah mengalirnya air mata ADUN UMNO kononnya menyokong hudud kerana Allah.
Pada ana, janganlah berlakon sampai begitu. Kita semua tahu, benda ini sudah dibincangkan dengan panjang lebar dengan Najib Razak. Semua ADUN UMNO tahu. Semua orang tahu di Kelantan ada jawatankuasa khas ditubuhkan.
Tak perlu nak mengalirkan air mata buaya dengan menyokong hudud. Enta sebelum ini bercakap pasal hudud pun tidak. Heboh dengan idea bodoh Islam hadhari. Sebab jadi Setiausaha Politik Pak Lah Tido.
Pada ana, Alwi ini lebih layak jadi Pelawok. Sikit-sikit nak menangis. Puiii.