Bukan main lagi beberapa orang kawan-kawan nak hantuk pemimpin chokia untuk lawan Presiden kita. Kononnya nak bagi malu. Kononnya nak tunjuk bahawa Presiden ini adalah objek dibenci dan tidak diterima oleh anggota parti.
Bab ini, kita kena belajar dengan UMNO. Berapa banyak najis yang terpalit kepada Najib, tetapi parti tetap berdisiplin mempertahan pemimpin mereka.
Ini baru betul. Bukan nak pancung dan bagi Presiden mati.
Husam Musa menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan (1990-1993). Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).

Sembilan tahun beliau duduk dalam pejabat Allahyarham Nik Aziz sebagai pegawainya.Waktu itu beliau dilihat sebagai bayang Allahyarham Nik Aziz sama macam Azmin Ali waktu bertugas sebagai Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim masa dalam kerajaan dulu.

Selepas itu dari tahun 2004 sampai 2008,Husam menjadi Exco Kerajaan Negeri pula.

Akhirnya Datuk Ahmad Yakob yang menjadi pilihan untuk ganti jawatan Menteri Besar selepas pilihanraya umum ke 13.

Jolok boleh jolok.Soalnya sekarang apakah Husam hendak langgar tembok lawan Hadi.

Jangan lupa pada ini bukan kali pertama Husam dijolok bertanding jawatan Presiden.Menjelang pemilihan tahun 2011,PAS bahagian Bukit Bintang ,Kuala Lumpur mencalonkan beliau bertanding jawatan nombor satu itu.

Pas bahagian itu mencalonkan Mat Sabu bergandingan dengan Husam bagi jawatan timbalan presiden.

Kalau anak jantan sangat, declare lawan Presiden lah Husam. Jangan main belakang.

Ana nak tengok sangat bagaimana seorang yang tewas bertanding dalam pilihanraya, berani nak lawan dengan Presiden. Jangan nanti malukan diri sendiri.

Advertisements