Ana memang respek dengan cara berniaga Ahli Parlimen Tumpat (KJ Pas). Memang cekap. Ana pelik, kerana walaupun sudah lama berada di dalam parti kita, tapi lubang bisnes dalam kerajaan tidak pernah tertutup. Cakap sahajalah, Petronas, Tabung Haji, Sime Darby, MARA – semua KJ Pas ada bisnes.
Pada ana, kehebatan ini mesti kita akui. Kalaupun mungkin KJ Pas ini adalah orang Anwar, tapi dia tidak kedekut dengan blogger. Setakat RM1k-2k ini biasa sekali jumpa
Pada ana, Najib sebenarnya membantu kita bilamana kontrak Raja Ariff disambung sebagai KP BTN. Ramai orang BTN sendiri memberitahu ana, jika kontrak disambung, sebenarnya, 30 % gerakan Pas dan PKR dimudahkan di kampung-kampung.
Sebab itu, bila Himpunan Renaisans Melayu terjadi, ana dah dapat rasa bahawa kontrak kepala BTN akan disambung lagi.
Kita cukup gembira bila ini berlaku. Bukan apa, mudah kita nak bergerak. Bila pemimpin UMNO sendiri diperbodohkan, kita lagi mudah. Senang nak buat kerja.
Bayangkan kalau kontrak BTN pun banyak dapat kepada orang kita dan ABIM, itu kan petanda yang baik.
Mana lagi kita nak buat duit kalau bukan agensi yang pegang duit TANPA HAD dan pemegang AKAUN 5 (AKAUN KHAS) PM tidak membantu.
Tahniah Najib. Kita harap kekalkan juga ramai lagi yang simpati dengan perjuangan Pas. TNC di Universiti. Ahli Lembaga Pengarah GLCs.