PAS tidak menghalang ahlinya yang menyertai mana-mana NGO untuk bertanding dalam pemilihan parti itu kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, selagi ahli tersebut tidak melanggar perlembagaan PAS, dia layak bertanding walaupun menyertai NGO lain termasuk Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

“Peraturan ini tidak menghalang mana-mana ahli NGO untuk menjadi calon.

“Ahli PAS bebas menyertai mana-mana NGO, tidak ada sekatan. Kecuali kalau ada sekatan selepas ini. Sekarang tak ada sekatan.

“Dia nak jadi ahli Abim ke, Ikram ke Jim ke, selagi dia ahli PAS dan tidak langgar syarat yang ditetapkan dalam perlembagaan PAS maka dia layak menjadi calon,” kata beliau pada sidang media berkenaan pemilihan parti itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita mengenai andaian ahli PasMa bertanding pada pemilihan kali ini.

Pemilihan PAS di peringkat kawasan akan berlangsung pada 1 Mac hingga 21 April ini.

 
——————–
 
Ana harap sangat Muktamar kali ini akan menjadi langkah pembersihan kepada kepimpinan Pas secara menyeluruh. Dari bawah sampai lah ke atas. Kalau ada kawan-kawan yang nampak macam dah berat nak ke syiah dan Anwar, kita pangkah dan biarkan mereka tewas di peringkat akar umbi.
 
Pada ana, ini pemilihan paling penting dalam sejarah Pas. Ini penentunya. Kalau kita salah pilih, Pas akan jadi parti yang huru hara. Islam tidak. Moderat pun tidak. Tengah-tengah. Hancur jadinya.
 
Kita kena fokus. Menang Kelantan. Menang Kedah. Menang Johor. Baru Pas ada kekuatan. Tak boleh nak harap kat Kelantan sahaja. 
 
La ni Terengganu dah jadi lebih Islam daripada kita. Jangan main-main. Apa modal kita nak lawan di Terengganu nanti. 
 
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus di kalangan golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam, kata Ketua Penguatkuasaan Syariahnya Mokhtar Salleh.

Katanya antara tumpuan penguatkuasaan termasuk ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan muhrim, wanita berpakaian mencolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.

Mokhtar berkata, ketika ini ia bagaikan satu trend dengan kaum wanita sering dilihat membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan lelaki yang tiada ikatan keluarga.

Katanya Maidam akan bekerjasama dengan pihak penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika operasi bagi mengesan pesalah yang melakukan perbuatan seperti ini.

“Kita akan terus mencegah perbuatan berkenaan daripada terus berleluasa dari semasa ke semasa. Kita sebenarnya tiada kuasa untuk menahan mereka di jalan raya dan oleh sebab itu kita bekerjasama dengan agensi yang lain membanteras perbuatan tidak sopan ini.

 
Kita nak lawan macamana lagi?