Pada ana, mereka yang terlibat dengan PasMa ini adalah golongan manusia yang tidak sedar dek untung. Mereka dulu kosong dan tidak ada aura politik, tetapi Pas yang bentuk dan bina karakter mereka.
Pada ana, tamrin dan latihan dalam Pas adalah soal hormat dan sentiasa wala’ kepada pemimpin. Itu nombor wahid. Kalau tak ada disiplin itu, rasanya elok beransur dan masuk parti lain sahaja.
Pada ana, sudah tiba masanya PasMa(mpus) masuk parti seperti PKR atau DAP. Mereka akan jadi lebih mudah diurus. Mereka patut tengok samada mereka diterima atau tidak dalam parti lain?
Ada yang kata pada ana, orang seperti Husam, kalau kata nak masuk PKR – salah seorang Naib Presiden sedia beri laluan. Malahan, katanya Rafizi sedia kosongkan tempat sebagai Naib Presiden dan hanya tumpu kepada Setiausaha Agung. Begitu hormat dan kasih mereka kepada Husam.
Pada ana, kalau betul begitu, lompatlah. Apa tunggu lagi.
Tengok samada Husam boleh hidup di bawah kelengkang Kak Wan.