Heboh di kalangan orang kita, antara orang yang terkaya di kalangan ulama pada ketika ini adalah Nasharuddin Mat Isa. Kata orang yang rapat dengan Nasa, duit dia melimpah ruah macam tak pernah habis. Sentiasa senyum dan buat harta.
Kalau nampak duit dah susut sedikit, jumpa sahaja MASTER JI, terus dapat peruntukan baru. Cakap sahaja berapa. RM300 ribu? RM400 ribu? Sentiasa ada dalam simpanan.
Ada yang kata masalah dalam Pas sekarang ini, adalah juga dengan daya usaha dan bajet berterusan Nasa kepada beberapa orang pemimpin Pas.
Berapa nak? Cakap?
Mudah sahaja duit dari Nasa ini.
Nasa agaknya tahu, waktu dia dalam Pas, duit lah yang tewaskan dia dalam pemilihan. Game Mat Sabu. Game Husam. Itu yang buat dia terjunam.
Tapi dengan pendekatan baru ala Ulama Korporat, nampaknya strategi Nasa menjadi betul. Sementara strategi politik dalam Pas menjadi, strategi peribadi pun menjadi juga.
Presiden: TG Hj Hadi Awang (MTB)

Timbalan Presiden: Hj Mohamad Sabu (588)

Naib Presiden:
Ust Tuan Ibrahim Tuan Man (917)
Salahuddin Ayub (849)
Husam Musa (520)

Kena ingat permainan duit dalam Muktamar. Sama dahsyat dengan permainan anak Hussein Onn dalam UMNO. Sama dahsyat dengan permainan Menantu Pak Lah dalam UMNO. Wang itu king.
Kita ucap tahniah kalau Nasa pandai main game baru. Tak perlu berselindung. Lawan dengan wang. Baru ada kesan.