Mustahil orang Melayu akan kehilangan kuasa politiknya jika pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan, kerana mereka membentuk golongan majoriti di 90% daripada semua majlis bandaraya, perbandaran dan daerah di negara ini, kata Lim Kit Siang.

Bercakap pada satu forum di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, sekiranya pilihan raya PBT diadakan semula, selepas digantung 50 tahun lalu, dijangkakan ramai ahli majlis kerajaan tempatan akan terdiri daripada orang Melayu.

Ciri ini dalam demografik negara, yang didedahkan pada forum bertajuk ‘Adakah pilihan raya PBT hakis hak Melayu’ itu, menafikan hujah Umno, golongan supremasi Melayu dan sesetengah pemimpin PAS yang mengatakan ia akan meningkatkan perpecahan antara kaum.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, daripada 150 PBT di negara ini, hanya tiga atau 2% dengan majoriti penduduknya orang Cina.

“Kira-kira 13 PBT mempunyai penduduk plural di mana tiada kumpulan etnik yang jelas membentuk majoriti,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.

—–

Tak habis-habis kominis DAP dengan cadangan pilihanraya PBT. Sudah-sudahlah tu. Penatlah nak layan benda macam ini.
Sampai bila nak main politik dan pilihanraya. Kalau buat nanti, ada pula isu Bersih, kononnya ada pengundi hantu lagi. Panggil rakyat ke jalanan lagi. Buat bantahan lagi. Yang ramaikan, kami juga orang Pas.
Mana kalian kominis waktu bantahan bersih. Tak sampai berapa kerat orang Cina. Duduk belakang. Orang kat atas jalan, kalian di Mandarin Court makan babi panggang.
Ini bukan soal perkauman lah. Ini soal kamu orang yang tak sudah-sudah dengan cerita busuk pasal PBT ni.
Bukan kita tak tahu kamu orang idamkan DBKL, MBPJ, MPSJ (sebab bajet besar dan conform korang menang kan).