Roketkini

Hikmah banjir Pantai Timur Semenanjung telah membina semula perpaduan rakyat Malaysia.

“Masalah rakyat Kelantan adalah masalah kita semua,” kata Pengarah Misi Bantuan Bencana DAP Anthony Loke yang berkongsi pengalaman menguruskan misi menyelamat dan membantu mangsa bencana banjir.

Beliau berkata demikian sewaktu majlis pelancaran Gabungan Impian Kelantan di sini malam semalam yang dihadiri rakyat Kelantan pelbagai kaum.

Menurutnya, DAP serta rangkaian NGO dan sukarelawan yang terlibat dalam usaha membantu serta memulihkan semula keadaan tidak mempunyai sebarang agenda politik.

“Impian Kelantan tidak menggunakan logo roket yang menjadi lambang parti DAP, kerana inisiatif tersebut digerakkan bersama-sama rakyat Malaysia, menjangkaui parti politik,” tambah beliau.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah dengan Gabungan Impian Kelantan.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri Kelantan telah meraikan rombongan Gabungan Impian Kelantan bersama dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang serta tetamu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu majlis makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan.

Walaupun Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob tidak dapat hadir, beberapa Exco Kerajaan Negeri telah sudi makan malam bersama dengan pimpinan Gabungan Impian Kelantan tersebut yang dianjurkan sebelum majlis pelancaran tersebut.

“Itu tandanya restu kerajaan negeri kepada Gabungan Impian Kelantan,” tambah Husam yang juga gigih berusaha dalam usaha membantu mangsa banjir sejak akhir tahun lalu.

**************************
Ini bukan agenda kemanusiaan, ini agenda kebabian DAP sebenarnya. Ramai semalam yang tidak hadir kerana merasakan DAP hanya mengambil kesempatan selepas banjir surut. Sebelum itu, seekor muka babi DAP pun tidak kelihatan membantu kita di Kelantan.
Ramai yang ana temui semalam berkata mereka muak dan jemu tengok muka Anthony Loke dan Ambiga. Pada mereka, ini muka mereka yang tak tahu malu kerana masih nak main politik ketika orang susah.
Ada mereka yang ana jumpa kata mereka sanggup tidak terima duit pemberian towkey judi DAP. Pada mereka, hubungan Pas dan DAP sebenarnya sudah tamat dan dikebumikan.
Ana sifatkan usaha DAP ini terdesak dan tidak bijak. Guan Eng tuduh kita bodoh urus banjir, di mana dia? Apakah Pulau Pinang itu tak ada masalah? Apakah orang Melayu di Penang happy belaka?
Komunis DAP boleh berambus dari bumi Kelantan. Kami benci dan haramkan bumi ini untuk DAP (kata Haji Mokhtar; orang kuat kita di Tumpat).
Dap…sila jawab.