Ana baru dapat berjumpa dengan sahabat lama yang sudah jadi pegawai tinggi di JASA. Jabatan Hal Ehwal Khas. Sahabat ana ini mengakui, JASA sekarang tak macam dulu. Sudah tidak ada fokus.
Dia beritahu ana, senarai yang diterima untuk diletakkan sebagai Ketua Pengarah berjumlah 38 orang semuanya. Macam-macam latar belakang. Kaki rogol ada. Kaki penipu ada. Ustaz sesat ada. Dia pun pening tengok nama.
Setelah ditolak-tolak, tinggal 18. 18 orang ini lah yang bakal dijadikan Ketua Pengarah. Bila ana tanya, siapa antara nama yang disebut:-
– Nasir safar (ana tak kenal orang ini. tua dah)
– Shahlan Nasution (abang kepada Saifuddin Nasution PKR)
– Ton Faisal
– Lokman Adam
– Halim Tuah (ana tak pernah dengar)
– Rahim Kamaruddin (Ketua Bahagian Gombak, sebab Ketua Pengarah lama orang Gombak. Ini kuota Gombak agaknya)
– Dr Zainul Fithri Othman (orang Gombak juga)
– Pengarah JASA Terengganu sekarang
– Dr Jeniri Amir
– Dato’ Mohamad Khairudin (skrg ini Felda)
– Dato’ Dr Aidit Ghazali
– Dato’ Dr Hasan Ali
Lain ana tak ingat.
Tapi ana lega kerana sahabat ana kata, jangan risau ada orang Pas (halimuman) yang masuk senarai 18. Kalau ada rezeki sahabat kita, JASA akan jadi pusat baru kepada parti kita, insya’Allah.
Kalau calon kita lepas jadi Ketua Pengarah JASA, ana rasa lagi sedaplah permainan politik masa depan. Lagi sedap.
Ini masa untuk mereka gulingkan kepimpinan yang ada. Kalau mereka dapat bantu kita dari dalam, lebih mudah dan senang.