UMNO memang kebekalangan ini dekat dengan Habib. UMNO nak kembali ke pangkal jalan. Sebab itu sekarang lagu Ya Hanana sudah sama taraf dengan lagu UMNO.
Sekarang ini UMNO ada Habib baru. Selepas mereka bawa Habib Syech Assegaf dan Habib Zaienal pusing Malaysia cari sokongan, katanya UMNO sudah jumpa satu orang Habib yang boleh dianggap sebagai paling power.
Dengar cerita orang UMNO sendiri, Habib yang baru ini sangat hebat mencatur politik.
Orang UMNO sendiri bercerita, Habib ini cekap menyusun rombongan ahli-ahli politik ke Jakarta. Susun perempuan. Tape kan insiden. Lepas tu pakai politik ugut.
Kita jangan terkejut, dalam parti kita pun ada game macam ini. SU Agung kena. Timb Presiden kena. Hati hatilah.
Katanya Habib baru UMNO ini rapat dengan dua/tiga orang pimpinan kita. Selalu duduk minum kopi. Malah ada yang kata, kalau Kerajaan perpaduan diwujudkan bagi menyelamatkan punggung Najib, Habib UMNO ini lah brokernya.
Ana tak kisahlah UMNO nak pakai Habib mana pun. Tapi kalau dan susun sampai bawak perempuan, janganlah bawa nama Habib tu. Buat kotor nama mulia ajer. Baik pakai nama…Tom ke. Sam ke.
Ana nak nasihatkan orang Pas, jangan sampai terpedaya dengan Habib baru UMNO ini. Bahaya. Jahanam parti.