“Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluarga,” tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau menyatakan demikian menerusi facebook malam tadi mengenai perkembangan kesihatan ayahandanya yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Petang dan malam ini, ayahanda berkeadaan baik. Para doktor berusaha memastikan ayahanda minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.

Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluarga. Beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap.

Ada antara tetamu yang hadir berpeluang berkomunikasi dengan ayahanda. Semasa saya bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya juga nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda.

Ayahanda dalam wajah ceria menjawab, “Alhamdulillah, moga kembali sihat”.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
21 Januari 2015/1 Rabiul Akhir 1436H
1135 pm

————-

Syukur Alhamdulillah. Ana dan beberapa orang kawan-kawan pun tengah pakat nak ke Kelantan dan melihat sendiri keadaan TG. Moga perjalanan kami juga selamat dan dilindungi oleh Allah SWT.

Sementara TG berada dalam keadaan begitu, pemimpin utama negara sedang berseronok di Davos. Entah apa kerjanya kita pun tak tahu. Sembang kemas. Tak ada hasil pun. Keadaan ekonomi negara masih tunggang langgang.

Ana dimaklumkan, Najibirazak sudah siap nak meletakkan jawatan Jun ini. Kalau jadi, ana nak bagi pisang di 20 masjid. Tanda kesyukuran Malaysia diselamatkan oleh bangsawan kurang cerdik.

Sekali lagi, kita doakan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diberikan kesejahteraan berpanjangan. Sihat dan tangkas minda untuk kita menang PRU14 nanti.

Takbir!

ALLAHUAKBAR!