Ana ucap tahniah kepada FAM, kerana berjaya menarik syarikat yang hebat, MP & Silva untuk mengurus bolasepak Malaysia. Memang hebat lah. Syarikat ini jaga punya banyak sukan seluruh dunia.
FAM yang terdesak nak cari dana, letakkan harga lebih RM1 bilion (15 tahun) kepada syarikat ini.
Bayangkan, ada juga syarikat yang nak letak dana sebesar itu dengan bolasepak Malaysia yang kedudukannya suam kuku? Pelik?
Tak perlu, sebabnya MP & Silva ini bijak nak buat duit. Ada yang pelik kalau MP & Silva cukup rapat dengan syarikat yang menjaga judi online. Disinilah MP & Silva buat duit. Online betting.
Inilah mudahnya cara nak buat duit.
Tidakkah ini bermakna bolasepak Malaysia akan terdedah kepada judi yang sistemik?
Siapa CFO Righster? Satu mamat saleh nama Niall Dore. Mamat ni biasa kerja dengan Betfair (online betting).
Tahniah. Inilah liberalisme FAM dan KBS – yang diterajui oleh KING OF LIBERALISM, Khairy Jamaluddin.