PAS memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak segera memanggil Sidang Khas Parlimen agar pihak kerajaan dan pembangkang dapat sama berbincang dan berbahas untuk mencari solusi kepada isu ekonomi negara yang kian meruncing ini.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Najib yang akan membuat kenyataan rasmi berkenaan keadaan ekonomi negara pada minggu hadapan termasuklah kemungkinan penstrukturan semula Bajet 2015.

“Hal ini kerana sebarang perubahan terhadap Bajet 2015 yang sudah dibentang dan diluluskan pada tahun lepas itu hendaklah dibuat melalui proses tatacara yang betul khususnya dibawakan kembali ke institusi Parlimen,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PAS dan Pakatan Rakyat di peringkat awal lagi mengingatkan kerajaan pimpinan Najib agar Bajet 2015 yang dibuat itu mestilah mengikut unjuran semasa harga minyak.

Katanya, ketika Bajet 2015 dibentang dan dibahaskan, harga minyak sudah pun berada pada paras USD86 setong, namun bajet yang diluluskan itu masih berdasarkan unjuran USD105 setong.

Tambah beliau, telahan PR itu terbukti berasas apabila hari ini harga minyak jatuh menjunam sehingga USD46 setong iaitu kadar penurunan lebih daripada 50%.

“Hal ini, pasti memberikan impak besar terhadap Petronas sebagai penyumbang utama tradisi kepada pendapatan negara,” katanya lagi.

————————-
Kahkah. Kesian Pirrdana Mintri yang terpaksa tekan brek bajet yang dia sendiri bentang. Buruk betul rupanya. Nampak sangat petugas di MoF semuanya jenis bingai tak tahu baca forecast ekonomi. Main balun sahaja letak amaun untuk bajet.
Ana dah cakap banyak kali, kebodohan orang-orang di MoF ini menjahanamkan Najib. Tapi ana suka. Kalau Najib jahanam. Lagi ana suka. Sebabnya, kita ada peluang nak merampas kuasa.
Ini sebenarnya tamparan hebat kepada Najib. Menampakkan kelemahan seorang Menteri Kewangan.
Tahniah Malaysia. PM anda memang PM!