Ana bukan suka-suka kritik kepimpinan dan parti sendiri. Tapi kita dah letih dengan politik jenis letak batu asas ni. Letih dah. Manakan tidak, punyalah banyak projek yang letak batu asas, yang terbangun selepas berbelas tahun, beberapa keping bata itu lah juga. Politik batu asas.
Kali ini dikatakan kita akan bangunkan pula Perumahan Rakyat Budiman. Nilai sebijik rumah RM37 ribu. Nak bangunkan berapa banyak? Kata seorang teman di Kelantan, kalau ya nak bangunkan, mesti lebih 500 biji. Baru ada kesan kepada rakyat.
Kurang-kurang mesti ada RM20 juta. Baru sedap nak cerita.
Ada ke duit RM20 juta kerajaan Kelantan ini?
Bajet 2015 Kelantan pun ada defisit RM70.69 juta. Kalau tambah RM20 juta, defisit hampir Rm100 juta.
Mana nak korek?
Apa kata, kalau Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang sumbang seorang RM10 juta. Pakai bajet negeri. Barulah ada makna kita berkawan dalam Pakatan.
Ataupun, nak power lagi, Anwar Ibrahim gunakan dana oil and gas beliau, dan taja RM20 juta untuk rakyat Kelantan. Barulah hero.
Kalau ada bajet rm20 juta ini, ana yakin Pakatan Rakyat akan ada potensi menang dalam PRU14.
Kalau tak ada. Bagi Najib menang free lah.