Betul lah ana memang anti kerajaan Najibby dan BN. Tapi kalau dah bab budak elol bertudung kena peluk lelaki pun kita salahkan gomen juga, rasanya tak kena juga lah. Ana rasa kita pun ada saham juga ni.
Bukan semua anak orang Pas macam kita ni ahli syurga belaka. Tak bohh. Ada sahaja anak Ketua Pas Kawasan yang kaki sontot lelaki. Ana biasa dengar. Yang kaki skodeng pun biasa. Yang kaki drug lagi lah ramai. Tangan kanan pegang tasbih, tangan kiri pegang heroin pun biasa.
Pada ana, ini masalah akhir zaman. Jangan ingat kita boleh lepas dan selamat. Cuba selidik siapa budak-budak perempuan yang kena peluk tu? Takut anak JK Pas kawasan pun ada.
Takut anak Pak Imam pun ada. Takut anak Bilal dan tok siak pun ada.
Miang K Pop ni bukan orang muda sahaja gila. Orang muda tahan lagi. Kalau dah orang tua Mak Hajjah pun gila K Pop tu apa jadinya? Penyakit juga kan.
Sebab itu pada ana, sebelum kita marah kepada BN, kita tengok diri kita sendiri. Berapa kerap kita berdakwah di bawah? Berapa lama kita jadikan semangat kita untuk melakukan perubahan dalam masyarakat.
Yang kita tahu balun Najibby dan Rosmah. Anak kita?