Tindakan lidah rasmi PAS Harakah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya mencetuskan kemarahan akar umbi PAS.

Perkembangan itu mengundang PAS Batu mengadakan sidang media di Kuala Lumpur bagi menyatakan setiakawan mereka terhadap Lufti dan dua lagi bekas pengarang kanan Harakah – Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.

“Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar.

“Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam, PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri.

“Jadi kerana itulah PAS (kawasan) Batu bersama (kumpulan budayawan) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mengadakan sidang akhbar bersama tadi untuk mengutuk kerasnya tindakan yang dibuat Mustafa,” kata Ishak ketika dihubungi Malaysiakini.

Apa Tugas RASMI Akhbar Parti?
Kalau akhbar Parti sendiri sudah jadi macam alat nak menjahanam parti, itu satu penyelewengan amanah yang besar. Ibarat macam staff Kementerian Komunikasi kritik Menteri. Mesti ada adab. Mesti ada cara.
Bila dah jadi macam itu apa yang nak naik angin? Tindakan paling wajar adalah letak jawatan sendiri. Tak perlu dipaksa. Bukan semua orang tak tahu, Lutfi pun banyak dapat duit tepi jaga pemimpin tertentu, termasuk Azmin Ali.
Pada ana, prestasi buruk Pas pun ada berpunca daripada Harakah. Sudah tidak menggigit macam dulu. Main selamat. Jadi jurucakap kumpulan. Tak sedap lah macam itu.
 
Harakah mesti tunjuk kesetiaan kepada parti. Bukan individu. Bukan bawa agenda sendiri. 
 
Pada ana, keputusan tepat suruh mereka berhenti. Dengar kata mereka pun sudah dapat offer drpd PKR. Baguslah tu. Baru nampak wajah sebenar mereka.