Ana setuju dengan pandangan pimpinan PAS, kita sudah boleh melupakan sedikit isu banjir di Kelantan pada ketika ini. Benda sudah ditakdirkan. Nak buat macamana. Bukan kita ada kuasa nak alih monsun ke tempat lain kan. Doa sahaja tak jadi gelombang ke-2.
Tumpuan kita mesti dialih ke Sarawak. Bumi yang banyak potensi untuk diserap dengan politik Islam kita.
Rugi benar lah kalau kita tak pantas mengalih pandangan ke Sarawak. Rugi. Ini peluang kita untuk menunjukkan Pas masih relevan di Malaysia.
SPR baru sahaja umumkan ada pertambahan 11 kerusi DUN baru di Sarawak.
DUN Batu Kitang (Stampin),
Stakan (Kota Samarahan),
Serumbu, Puncak Borneo (sebelum ini dikenali sebagai Mambong),
Triboh (Serian),
Gedong (Batang Sadong),
Kabong (Saratok),
Tellian (Mukah),
Selirik (Kapit),
Murum (Hulu Rajang),
Samalaju (Bintulu)
Long Lama (Baram)
Hasil tinjauan awal, pada pandangan 8 daripada 11 kawasan ini sangat elok jika diberikan kepada Pas. Baki 3 (2 PKR; 1 DAP).
Kita merasakan itu pembahagian yang adil, supaya Sarawak dapat dijadikan Darul Islam Borneo seperti Kelantan di Pantai Timur.
Maka itu, ana mintalah kita semua menderma sebanyak-banyaknya duit/tenaga/emas/perak/berlian dalam memastikan kita mampu menawan Sarawak dalam PRN yang akan datang.
Insya’Allah, kalau kita usaha dengan keras. Kita boleh mendapatkan hasil politik yang baik.