SURUT air di beberapa kawasan dalam negeri Kelantan, timbullah apa sebenarnya yang menyebabkan bencana kali ini masuk buku rekod sebagai yang terburuk dalam sejarah – balak.

Longgokan kayu – kayu balak ini boleh dilihat hampir di banyak kawasan yang terjejas teruk seperti Manek Urai contohnya. Dengan kerakusan pemimpin PAS Kelantan melahap hasil balak negeri itu, tak sukar nak mengagak dari mana kayu – kayu balak itu datang.

Tak kan datang dari Thailand pulak kan!!

Seterusnya menjawab teka teki kenapa Husam Musa cuba menyalahkan empangan Kenyir 2 sebagai punca malapetaka teruk di Kelantan tahun ini. Alloo kawan, empangan itu tak penuh pun airnya dan belum runtuh pun empangan itu yang nak dituduh sebagai punca.

Begitupun, mengetahui tahap kecerdikan penyokong PAS yang begitu rendah, penulis tidaklah terperanjat kalau ramai yang menganga dengar ‘penjelasan’ Husam.

Apa pun, kenapa Husam begitu defensif dalam hal ini (Menteri Besar Kelantan pun tak macam itu) penulis tidak pasti. Sama ada ke’defensif’annya itu adalah atas tanggungjawab seorang ADUN PAS nak melindungi partinya, atau nak melindungi diri sendiri, penulis tak pasti dan tak begitu peduli.

———————

Tulisan ini ana ambik daripada laman MyKMU.net. Kononnya antara portal paling hebat menyokong kerajaan. Ditaja oleh JPM, di bawah seliaan Setiausaha Akhbar PM. Bukan kita tak tahu.

Pada ana, ini semua kerja fitnah jahat orang PM nak sorok kelakuan Rosmah yang semakin rosak dan jahanam.

Asal banjir sahaja di Kelantan, nak salahkan balak. Habis tu, yang Perak dan Johor pun banjir tu apa cerita? Salahkan balak Kelantan juga? Menulis jangan pakai ikut sedap.

Ana nak juga MyKMU terangkan kenapa Perak boleh banjir? Sebab anak mamak pangkor balun balak ke? Daerah mana? Berapa ekar seorang Ketua Bahagian di Perak dapat balak? Berapa untung setahun?

Mereka makan balak boleh, Kelantan tak boleh? Apa ustaz macam kami orang ni tak tahu nak pakai Merc 350 baru ke? Tak tahu nak pakai x6 ke? Tak tahu nak pakai q7 ke? Kita pun pandai juga.

Sebab itu, mykmu tak payah lah nak pandir sangat nak salahkan balak. Negeri lain pun kena bro. Lu ni mabuk iced latte ke? Jangan begitu.

Biasalah banjir di kelantan. Tiap tiap tahun pun banjir. Bukan baru ni. Tahun ini pulak lu nak pakai isu balak. Mangkuk. Sekolah mana dulu?