Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-PAS di Kelantan menunjukkan “betapa jahat” parti lawannya itu.

Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Katanya, cadangan pemilik Sinar HarianDatuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan.

“Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini. Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa Umno dan BN ini jahat.

“Saya gambarkan kenyataan itu sebagai bagaimana Umno dan BN itu memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli.

“Maknanya, kalau nak minta tolong Umno kena ada kerajaan campuran. Dia (Hussamuddin) orang Kelantan, dia tau betapa Kelantan sudah nak dapat bantuan kerajaan pusat,” katanya.

———
Isteri pertama ana orang Kelantan, dan ana cukup simpati dengan nasib seluruh kampung yang teruk ditimpa bencana banjir. Bayangkan, bila rumah pun sudah tiada. Makanan sukar. Ana bawa balik RM2 ribu ringgit, tahan kurang 16 jam sahaja. Tak sanggup nak biarkan jiran kelaparan. 
 
Yang ana pelik, muka pertama yang ibumertua ana nampak dan cukup berterima kasih, adalah wajah pemimpin UMNO di kawasan itu. Muka Tok Guru tak kelihatan. Muka kalangan yang minta undi kepada Pas dulu pun tak kelihatan.
 
Ana cakap ikhlas ni, pada ana Kerajaan Pas kita di Kelantan gagal dalam isu banjir. Mereka (UMNO) lebih pantas. Mungkin mereka ada duit dan jentera. Tapi kita pun kenalah bersedia. 
 
Oleh kerana kegagalan ini, pada ana, kita kena tengok cara mana kita nak betulkan keadaan. Pada ana, di kampung orang rumah ana, nama Pas memang sudah ada dalam lumpur. Maaf ana cakap. Memang itu hakikat.
 
Tok Batin di hujung kampung pun, sanggup meludah dan tunjuk punggung bila ana masuk bawa 4×4 ana. Dia pergi hadapan cermin dan lumur lambang Pas dengan selut najis babi. Ana cakap betul ni. Marah betul dia. Sebab 3 hari tak dapat makan. Sebelum ada satu kumpulan Polis yang sampai bawa makanan kepada mereka. 
 
Ana nak seranah Tok Batin? Ana sendiri rasa bersalah. Duit dalam poket ada RM30. Kalau ana bagi pun tak ada kesan. 
 
Datuk Hussamuddin SINAR orang Kelantan. Dia cakap sebagai orang awam. Kita jangan kata dia jahat.
 
Mungkin Datuk Hussamuddin macam ana. Serba salah. Bencana kali ini memang buka pekung dan kelemahan kita. Jujur ni ana beritahu. 
 
Anwar mana? Anwar mana?
 
Ana malaslah nak tulis pasal pemimpin sesat ini lagi. Buang masa. Pada ana, dia dah tak ada dalam kamus politik ana.