Hampir tidak ada ibu bapa yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan, semalam.

“Macam-macam rungutan dan rasa tidak puas hati dapat didengari mengenainya. Di sekolah, di rumah, di kedai kopi, berbual sesama rakan dan di media sosial, terhampar luas luahan rasa tidak puas hati mereka dengan PT3 ini,” tulis Shahbudin Husin dalam blognya, semalam.

Menurutnya, simpati ibu bapa kepada anak-anak mereka mengenai beban kerja persekolahan sepanjang mengikuti pembelajaran PT3 sejak tiga tahun lalu bertambah lagi apabila keputusannya diumumkan semalam.

“Jika dulu mereka simpati dengan beban kerja yang terlampau banyak kepada anak-anak mereka sehingga ada yang mengigau-igau dalam tidur, kini ianya bertambah parah lagi kerana sistem yang dilaksanakan secara mengejut dan tergesa-gesa itu ternyata hanya lebih banyak menumpahkan air mata kesedihan berbanding tangisan kegembiraan,” tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.

Hampir tidak ada ibu bapa yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan PT3 yang diumumkan hari ini. Macam-macam rungutan dan rasa tidak puas hati dapat didengari mengenainya.

Di sekolah, di rumah, di kedai kopi, berbual sesama rakan dan di media sosial, terhampar luas luahan rasa tidak puas hati mereka dengan PT3 ini.

Muhyiddin ini elok sahaja kita gelar sebagai BAPA PENGHANCUR PENDIDIKAN MALAYSIA nombor Wahid. Tak ada idea.

Kementerian dijadikan tapak untuk mengkayakan anak menantu, sedara mara, keluarga setiausaha politik, pegawai khas, setiausaha akhbar dan lain-lain.

Elok kita sama-sama sebagai rakyat doakan mereka ini semua reput menjadi api neraka. Buruk perangai mengtekedarah hak rakyat untuk diri sendiri.