Oleh kerana tempoh banjir gelombang kedua di Kelantan kali ini agak panjang, mangsa memerlukan sokongan pelbagai pihak.

Untuk itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Pusat, Hafiz Musa berkata keperluan asas amat diperlukan oleh semua mangsa pada saat ini selain makanan.

Katanya, mereka amat memerlukan keperluan asas itu dalam keadaan sekarang di pusat pemindahan banjir.

Jelasnya, bekalan elektrik masih terputus, untuk itu lilin, keperluan asas lain amat diperlukan.

“Keperluan asas lain seperti alas tempat tidur, selimut untuk kanak-kanak dan orang tua selain lampin pakai buang, ubat-ubatan dan sebagainya juga amat diperlukan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati mangsa banjir mengawasi anak-anak mereka sebaik-baiknya kerana arus banjir begitu kuat.

Hafiz seterusnya memberitahu, bantuan banjir juga harap disegerakan bagi mereka yang berhasrat untuk membantu.

Jelasnya lagi, pihaknya mengumpul Unit Amal dan jentera petugas ke tempat bencana banjir terutama Rantau Panjang.

Selain itu, mengumpul bekalan daripada kerajaan, orang ramai, NGO dalam bentuk sumbangan kewangan, keperluan asas kemudian diagihkan kepada mangsa.

Katanya, Pemuda PAS negeri turut membuka Bilik Gerakan di Syabab Point sebagai pusat pengumpulan sumbangan daripada orang ramai yang ingin menderma.

} Ana minta sekalian blogger dan pemain media sosial, fokus kepada usaha membantu mangsa banjir. Jangan bazir masa.

Kalau rakyat nampak kita dengan mereka, insya’Allah mereka akan undi Pas nanti.

Tak perlu letak logo parti dan muka pemimpin kita. Tak macam stail Azeez Rahim. Kita fokus kepada kerja kita. Jangan buruk sangat perangai sampai tilam pun letak gambar Najib. Bodoh punya kerja.