Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menggesa semua pihak yang berkaitan tampil memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di jajahan itu.

Beliau ketika dihubungi berkata, banjir di Rantau Panjang berada diperingkat kritikal sehinggakan terdapat mangsa-mangsa yang terperangkap dan tidak diselamatkan akibat kekurangan bot penyelamat.

“Keadaan sekarang amat kritikal serta suasana cemas apabila ada mangsa-mangsa yang tidak dapat kita selamatkan lagi kerana kekurangan bot penyelamat.

“Saya merayu semua pihak tampil beri bantuan terutama bot-bot penyelamat untuk kita keluarkan ke semua mangsa yang terperangkap di dalam kawasan banjir.

“Saya turut dimaklumkan ada mereka yang terpaksa berlindung di atas pokok dan bumbung rumah, bantuan perlu disegerakan,” katanya kepada Harakahdaily.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia itu juga turut memberitahu keseluruhan bekalan elektrik telah terputus sejak semalam.

“Alat perhubungan yang ada sekarang hanyalah melalui telefon, kami di sini memerlukan ‘walkie talkie’ untuk permudahkan komunikasi dengan semua pihak.

———
Ramai pemimpin UMNO, besar atau kecik, gemuk atau kurus, buruk atau hensem, pompuan atau lelaki sedang bercengkerama di London dan bandar-bandar besar lain.
Walaupun rakyat ditimpa kesusahan. Mereka peduli apa. Pergi jahanam sama rakyat.
Ana minta semua anggota tumpu kepada kerja kebajikan. Tak perlu benda lain. Kita fokus.
Sementara dia orang melancong. Kita tumpu kepada rakyat.