Jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur, calon yang popular menggantikan beliau adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana tidak ada calon lain meskipun naib presiden popular Datuk Husam Musa, yang boleh menewaskan ahli Parlimen Marang itu jika berlaku pertandingan satu lawan satu.

Inilah maklum balas awal diperolehi daripada satu kajian yang dibuat di kalangan perwakilan dan akar umbi PAS.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomudin Bakar memberitahu The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim adalah calon popular dalam penemuan awal kajian terbaru yang dilakukan firmanya di kalangan perwakilan PAS seluruh negara yang kini menyelesaikan kajian di Perlis, Kedah dan juga Johor.

“Kajian kami menunjukkan pengaruh Hadi masih kuat dan dia akan kekal sebagai presiden. Kalau berlaku perubahan pun di peringkat timbalan dan naib.

“Husam, Mat Sabu atau Ahmad Awang tidak akan berjaya mengalahkan beliau,” kata Hisomuddin.

Hasil kajian ini diperolehi selepas beberapa bulan PAS mengadakan Muktamar ke-60 di Batu Pahat yang menyaksikan Hadi mengambil sikap menyerang pihak tidak bersependapat dengannya dalam parti ekoran pertelagahan di kalangan Pakatan Rakyat dalam kerusi menteri besar Selangor.

Hisomuddin berkata, kajian itu menunjukkan ahli PAS mahu komposisi kepimpinan parti dikekalkan dengan gabungan antara profesional dan ulama.

“Kebanyakan menolak kumpulan yang terlalu ekstrem sama ada di kalangan ulama yang mahukan kepimpinan PAS dikawal ulama sepenuhnya atau kumpulan ekstrem profesional yang mahukan golongan itu mengawal kepimpinan PAS.

———

PAS Mesti Pinggirkan Ulama’ Jahat

Hal ini pernah diisyaratkan oleh sabda baginda: “Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su’.” (Riwayat al-Hakim). Sabdanya lagi “Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.” (Riwayat Ad-Darimi). Masyarakat akan musnah dan rosak apabila ulama-us su’ ini dijadikan imam untuk diikuti serta dipercayai. Oleh itu, masyarakat awam harus mengetahui perbezaan antara ulama-us su’ dengan ulama yang mewarisi ilmu para nabi.

Dua ciri ulama us-su’ yang paling berbahaya di dalam masyarakat kita pada hari ini, iaitu: Ulama us-su’ yang menyesatkan orang ramai dan kedua, ulama-us su’ yang menjadi tukang fitnah. Golongan pertama ini menyesatkan orang ramai dengan fatwa-fatwa mereka yang salah. Oleh kerana mereka orang-orang yang dipercayai, maka apa sahaja yang mereka katakan, akan di anggap sebagai pedoman serta menjadi pegangan di dalam masyarakat. Namun sebenarnya mereka mengeluarkan pendapat atau fatwa yang mengelirukan. Apa yang sebenarnya `haram’ menurut Allah dikatakan `halal’, dan sebaliknya apa yang halal menurut Allah di `haram’ kan pula.

Mereka yang terlibat dengan syiah dan sebagainya mesti diketepikan. Apatah lagi makan gaji bulanan dari Cina DAP Pulau Pinang buat sekian lama.
PAS mesti jadi parti yang bersih daripada ulama’ cari makan.
Kita mahu ulama’ sebenar. Ada thiqqah. Ada ilmu. Bukan kaki main telefon dengan bini orang.