Mahkamah Rayuan di sini hari ini menganugerahkan ganti rugi berjumlah lebih RM4.55 juta termasuk faedah kepada lima bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana ditahan secara tidak sah pada 2001 di bawah akta itu yang kini dimansuhkan.

Mereka ialah anggota Parlimen Batu Tian Chua, aktivis Hishamuddin Rais, anggota dewan negeri Hulu Klang Saari Sungib, Badaruddin Ismail dan bekas anggota Majlis Tertinggi PKR Badrulamin Baharom.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Abdul Wahab Patail, dalam keputusan sebulat suara, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada lima orang itu tetapi membenarkan sebahagian rayuan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan berhubung ganti rugi itu.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid telah mengurangkan jumlah ganti rugi bagi setiap penahanan mereka dari RM15,000 kepada RM10,000 sehari untuk antara 41 hari dan 54 hari.

Mahkamah mengekalkan keputusan mahkamah Tinggi yang memerintahkan Norian, KDN dan kerajaan membayar RM30,000 ganti rugi teruk seorang, berjumlah RM150,000.

Sementara itu, panel juga mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi dalam menganugerah Chua, Hishamuddin, Saari dan Badrulamin sejumlah RM100,000 berhubung kata-kata fitnah yang didakwa dilafazkan Norian pada April 2001 di sidang akhbar berhubung penahanan itu.

———————
Hahahahaha. Kesian Gomen kita. Kena lagi.
Macamana ni, asyik tewas sahaja di Mahkamah. Apakah memang para peguam di AG Chambers itu jenis cap ayam? Tak tahu berhujah ke macamana?
Pada ana, kalau trend ini berterusan, nampak gayanya KETUM akan lepas bebaslah. Confirmed.
Bukan ana suka dan minta, tapi nampaknya sudah nyata, sistem guaman kita terutamanya di AG Chambers memang tahap Tahun 1, Universiti.
Ana ucap tahniah kepada semua yang menang dalam kes ini.
Tahniah!
Masyuk!