“Ungkapan ‘Tanpa Tarbiyah Gerenti Rebah’ amat bermakna dalam memastikan gerak kerja kerja amal Islami ini dimantapkan demi menghadapi pelbagai rintangan masa kini,” ujarnya.

Tambahnya, para pemuda pemudi yang memenuhi bumi An-Nahdhoh ini sudah pastinya bakal pulang dengan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan kepimpinan ulama.

“Kepimpinan ulama perlu dipertahankan agar kekal relevan memandu jamaah yang kita dukungi ini menuju keredhaan Allah dan memperolehi kesejahteraan di akhirat sana,” katanya lagi.

“Dengan menyertai ijtimak tarbawi kali ini, saya dapat meletakkan bahawa bertakwa dengan Allah adalah kunci untuk merungkaikan segala permusuhan dan ketidaksefahaman dalam masyarakat,” kata Nurul Madihah Mohd Hazmi.

Beliau juga dapat memahami pergerakan tarbiah PAS dengan lebih mendalam dari segi tarbiah, dakwah dan siasah serta menolak segala kekeliruan terhadap PAS yang dicanang oleh pihak luar.

Amirul Akram dari Kuantan pula berpendapat ijtimak tarbawi pada kali ini yang bertemakan tafsir surah al-Fath telah memberi impak yang amat besar terhadap pemuda-pemuda yang masih baru dalam perjuangan islamiah ini.

“Kami pemuda rasa amat bertuah kerana dapat bersama sama dalam ijtimak ini secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan untuk dibawa ke kawasan kami sendiri.

“Terima kasih kami ucapkan kepada Ketua Pemuda PAS yang sanggup menganjurkan ijtimak yang amat bermakna pada kami pemuda,” ujarnya.

——

Pada ana, yang kurang kita tegakkan adalah ancaman shiah yang sedang berlaku. Ura-ura Timbalan Presiden @ Shiah sudah mula umumkan bahawa dia nak bertanding Presiden. Ini tak boleh dibenarkan sama sekali.

Jangan kita terpedaya dengan janji manis dia. Masa untuk kita buat keputusan. Buang Shiah selamanya dari Pas.