Berita A

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menjangkakan Malaysia bakal berdepan dengan ‘darurat ekonomi’ pada tahun hadapan berikutan berlakunya penyusutan nilai matawang ringgit, penurunan harga minyak serta peningkatan inflasi.

Menurut beliau, keadaan cukup membimbangkan apabila nilai mata wang ringgit terus menjunam pada kadar RM3.43 untuk USD1 dan RM2.63 bagi satu Singapore Dollar (SGD1).

“Penurunan ini amat tinggi yang kita alami sejak 1997 ataupun 1998, pada waktu yang sama berlaku penurunan harga minyak kepada USD70 satu tong.

“Ini semua akan meningkatkan kadar inflasi dan sekaligus bajet 2015 akan menyusut lebih kurang 30 peratus,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bimbang apabila negara sedang menuju kepada darurat ekonomi, walaupun kerajaan menjangkakan ia boleh ditampung melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Petronas sendiri sudah meramalkan dan umum sumbangan Petronas akan menyusut sebanyak RM25 bilion dalam bentuk cukai mahupun royalti,” ujarnya.

Berita B

Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang membawa gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992 ditarik balik berkuat kuasa 3 November lalu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun lalu yang mempersoalkan kewibawaan serta kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal yang berkaitan dengan agama Islam.

Menurutnya, seperti sedia maklum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama seperti mana yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu,” katanya.

—————–
Pada ana, darurat politik Berita B yang lebih menyayat hati. Ana nak beritahu padan muka kepada semua ahli PKR, tapi ramai pulak kawan. Bangga sangat dengan gelaran, Ketua Umum kami ada Dato’ Seri, pernah jadi Timbalan Perdana Menteri. Sudahnya….ke laut.
Ana nak katakan ini sahajalah, waktu isu MB Selangor berbangkit, sudah Pas ingatkan, jangan nak kurang ajar sangat dengan Sultan. Perlu ada hikmah.
Tak. Langgar juga. Sondol. Sudahnya???
Pada ana, eloklah Tuanku ambil keputusan macam ini. Bukan apa, bagi sedar kepada Melayu Pulau Pinang itu, bahawa zaman dia sudah semakin malap. Dah kuyu. Bukan macam dulu.
Kalau main bontot pun tak serik, orang macam ini memang tak ada integriti. Tak ada thiqqah. Hilang.
Ana nak ucap tahniah di atas keberanian Tuanku Sultan, untuk menanggalkan gelaran mat Ketum ini. Mat Ketum yang sama nak bagi jahanam Pas dan PasMA. Padankan muka dia.