Jawatankuasa Persempadanan Semula Pakatan Rakyat menegaskan bahawa tidak ada sebarang perjanjian yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan persempadanan semula.

Pakatan Rakyat tidak boleh menerima ataupun menolak penambahan kerusi parlimen sebelum peta-peta baru dikemukakan oleh SPR.

“Kami ingin juga menegaskan bahawa sebarang penambahan kerusi yang bersifat tidak adil dan saksama akan ditolak oleh Pakatan Rakyat,” ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Dr. Ong Kian Ming (Serdang) dalam kenyataan media bersama.

Pada 7 November 2014, pihak Bersih dan Tindak Malaysia telah mengeluarkan kenyataan untuk menegur Pakatan Rakyat supaya tidak menyetujui untuk menambahkan kerusi parlimen dalam persempadanan semula yang akan bermula tidak lama lagi.

– Hati hatilah dengan game persempadanan semula ni. Ini semua permainan politik. Kalau kita ikut, jahanam.
– Kenapa desperate sangat nak susun semula. Gelabah PRU14?
– Jangan ingat semua orang bodoh macam orang UMNO.
– Jangan ingat rakyat ikut sahaja cakap apa yang mereka nak.
Kita kena tentang habis-habisan, atau kita ada masalah nanti
Lawan tetap….LAWAN.