Oklah, ana mengaku, banyak juga posting blog ini yang membangkitkan rasa tak puas hati kepada Saari Sungib. Ana akan pergi jumpa YB dalam masa terdekat ini dan minta maaf pada dia.
Ana rasa, ucapan YB Saari di DUN semalam memang tepat dan berani. Cakap terus terang walaupun YB Saari tahu, dia hanya boleh diselamatkan oleh MB dan bukan PAS untuk PRU14.
Terus terang YB Saari kata, supaya Azmin tak jadi besar kepada dan menganggap Kerajaan Negeri Selangor sebagai harta peribadi. Ana terkejut di galeri awam. Pada yang nampak, bontot ana memang terangkat sedikit.
Macamana YB Saari boleh begitu berani dan membangkitkan soal itu. Memang sungguh berani. Ana tabiklah.
Saat semua orang bodek Azmin bagai nak rak, ada orang yang berani tegur MB Azmin macam itu. Bukan calang orang.
Contoh Abu Muslim al-Khaulani
Satu ketika, Khalifah Mu`awiyah (r.a) telah menyekat pemberian kepada orang ramai. Abu Muslim al-Khaulani lantas menegur Mu`awiyah (r.a) yang sedang berada berucap di atas mimbar di khalayak ramai: “Wahai Mu`awiyah! Harta tersebut bukanlah hasil usaha kamu, juga bukan hasil usaha bapak kamu, malah juga bukan hasil usaha ibu kamu!”
Mu`awiyah (r.a) lantas murka teramat sangat. Beliau lalu turun dari mimbar sambil berkata kepada orang ramai; “teruskan berada di tempat kamu sekarang”.  Beliau menghilangkan diri sebentar kemudian keluar semula bertemu mereka lalu berkata: “Sesungguhnya Abu Muslim telah bercakap sesuatu yang menimbulkan kemarahanku. Saya pula telah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Marah itu daripada syaitan. Syaitan pula dicipta daripada api. Api hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu sekiranya seseorang kamu merasa marah maka hendaklah dia mandi.” Sesungguhnya saya telah masuk ke dalam sebentar tadi dan mandi. Benarlah kata-kata Abu Muslim. Ia bukanlah hasil usahaku. Bukan juga hasil usaha bapaku/ Oleh itu bersegeralah kamu mengambil agihan-agihan kamu.”
Hebat YB Saari. Ana jadi peminat anta sekarang.
Maafkan dosa-dosa lama ana, termasuk memanggil enta barua dan sebagainya. Maafkan ana Ustaz.