Peluang Orang Muda
Cuma peluang orang muda dijadikan calon itu, sebenarnya boleh diunjur, boleh diperlebihkan lagi. Kalau kita perhatikan pihak sebelah sana, PAS, DAP dan PKR, mereka tampak lebih bersedia menonjolkan calon muda, jika nak dibandingkan dengan kita. Mungkin ini sesuatu yang boleh pucuk pimpinan pertimbangkan di masa akan datang, barulah UMNO dilihat segar dan melaksanakan peremajaan sepenuhnya.
Demokrasi
9. Lihat sahaja DAP dan PAS yang tak sudah-sudah menabrak sistem pilihan raya negara dan SPR, sudahnya malu sendiri. Pilihan raya DAP yang ada dua ribu lebih pemilih pun tunggang langgang, habis semua orang disalahkan. Akhirnya terpaksa buat pemilihan semula selepas sembilan bulan pemilihan pertama dibatalkan. Tapi biasalah… semua itu bukan salah mereka.

10. PAS bulan lepas apa kurangnya? Berdalih melewatkan keputusan, konon silap sistem yang menguruskan cuma seribu orang itu. Tiba giliran PKR, lain plot cerita, gegak gempita memperjuang ketelusan, pemimpin wahid sendiri kebal demokrasi. Bahkan jawatan pun langsung tak wujud dalam perlembagaan parti.

} Bro KJ, lu ingat kalau UMNO tak main duit Lu boleh menang ke? Tuhan orang UMNO macam Lu hanya duit. Itupun Lu nak cakap pasal Demokrasi. UMNO? DUITKASI bukan DEMOKRASI. Bab ini Lu fail lah Bro. Failed
 
Sombong dan Bongkak
 
17. Pada masa yang sama, selain dari melunaskan amanah sebaik mungkin, akhlak dan budi dilupa jangan, kerana jawatan itu bukannya tiket untuk bermegah dan sombong. Sama-samalah kita sentiasa merendah diri, sama-samalah kita sentiasa ingat pada akar umbi. Allah S.W.T. berfirman di dalam Surah Al-Isra’ ayat ke 37:

Yang bermaksud: “Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

 
} Ini retorik tahap gaban bro. Tahap gaban. Lu punya jam tangan, boleh beri makan 200 anak yatim selama 2 tahun. Lu biasa dengar budak Exco lu cakap? Kalau tak ada RM juta2 dalam akaun, bukan Exco Pemuda. Lu jangan buat lawak bro. Busuk
 
Bodek
 
35. Tapi jangan lupa rakan-rakan, walaupun kita berjaya meraih sokongan sebahagian besar golongan muda Melayu, kita masih punya banyak kelemahan. Kita ingat fenomena tsunami politik 2008 dahulu – di mana kedengaran ungkapan “berubah atau rebah” dari segenap pengulas dan pemerhati. Pada waktu itu, kita bermuhasabah – menyedari bahawa UMNO dan BN memerlukan pembaharuan hakiki untuk kembali bangkit dari belenggu kekecewaan PRU12. Syukur, kita tidak perlu pandang jauh untuk mencari inspirasi – kerana kita telah mengambil iktibar dari contoh perubahan hampir serupa yang dilalui Y.A.B. Presiden kita sendiri.

36. Saya masih teringat ketika mana Y.A.B. Presiden telah melalui cabaran getir di kerusi Parlimen Pekan pada tahun 1999. Namun, berkat kebijakan mencongak strategi yang progresif dan inklusif, beliau berjaya mengubah pendulum politik sehingga mencatat antara majoriti kemenangan terbesar pada pilihan raya umum 2004. Inilah satu kisah kejayaan dan peringatan yang besar untuk kita semua. Sebagaimana pepatah Arab ada menyebut: “man jadda wa jada, wa man shabara zhafira” yang bermaksud siapa yang bekerja keras pasti beroleh kejayaan, dan siapa yang sabar, merekalah yang beruntung.

 
} Murah sangat bodek ko ni bro. Level Wak Doyok punya bodoh.
 
Retorika Gaban
 
Jika ditanya siapa kita, siapa kita?
Kitalah sayap hulubang parti,
Kitalah penabur khidmat dan bakti
Kita bangkit bila jatuh, berjalan kita dengan tegap, berlari kita dengan memecut,
Kitalah pejuang paling hadapan,
Kitalah denyut dan nadi anak watan,
Kitalah penegak kewarasan iltizam,
Kitalah nakhoda meredah zaman,
Kitalah sayap Pemuda UMNO!