Kedudukan Sarawak sebagai negeri mempunyai paling banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negara ini diperkukuhkan lagi apabila rang undang-undang untuk menambah jumlah anggota Dun diluluskan hari ini.

Semasa membentangkan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2014 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Menteri Perumahan dan Pelancongan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata rang undang itu bertujuan menambah jumlah anggota Dun daripada 71 ketika ini kepada 82.

Beliau berkata pertambahan itu pada prinsipnya disebabkan peningkatan populasi yang boleh mengundi, berikutan kepesatan pembangunan dan aktiviti ekonomi di negeri ini sejak semakan semula kawasan pilihan raya pada 2005.

“Dari segi perlembagaan, kawasan pilihan raya disemak selang tidak kurang lapan tahun,” katanya.

Beliau berkata sebaik sahaja rang undang-undang itu diluluskan, ordinan baharu akan dikuatkuasakan pada tarikh yang akan ditetapkan Yang Dipertua Negeri, sebelum pilihan raya negeri akan datang.

Abang Johari berkata pertambahan itu mencerminkan kadar peningkatan jumlah pengundi di negeri ini.

Beliau berkata  82 kawasan Dun adalah jumlah munasabah dari segi menyediakan perwakilan demokrasi yang mencukupi dan efektif untuk rakyat.

—————
Penambahan ini bukan sebab penambahan penduduk. Ini semua alat untuk memperkuatkan politik BN yang sudah semakin lesu dan menjurus ke lembah neraka.
 
Tuan/Puan pernah ke Sarawak?
 
Tanah yang kita tidak tahu apa imannya. Ikutlah. Macam-macam ada. Kita pun susah nak cakap pasal agama.
 
Pada ana, penambahan 11 kerusi ini, hanya meletakkan kemungkinan kita untuk mendapat undi, akan jadi lebih susah. Pandai Adenan Satem ni, tetapi sebenarnya dia seorang diktator. Kita kena ikut sahaja.
 
Ana pernah aktif di PRN Sarawak. Kesian tengok orang kampung yang kena tipu di Sarawak. Mereka kekal miskin. Kedana. Tapi pemimpin makin menjulang kaya.