Negeri PM nampaknya diserang macam-macam isu kebelakangan ini. Terbaru, di Cameron Highland, banjir lumpur berlaku sampai memakan nyawa manusia. Inilah jadinya bila alam sudah tak berapa nak berkawan dengan kita.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob diminta bersikap profesional serta menghormati setiap laporan yang dikeluarkan pihak akhbar berhubung masalah di Cameron Highlands kerana perkara tersebut melibatkan kepentingan serta keselamatan penduduk tempatan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, sebagai ketua kerajaan negeri, beliau perlu menghormati laporan akhbar yang sebenarnya bertujuan untuk membantu kerajaan negeri memperbaiki kelemahan yang mungkin wujud.

Katanya, adalah tidak wajar sekiranya seorang Menteri Besar menyalahkan pihak akhbar atau media kerana pendedahan yang dilakukan itu yang bukan sengaja dibuat tetapi mahu membantu kerajaan negeri mengatasi segala kelemahan yang boleh memberi kesan buruk kepada rakyat.

“Pihak media hanya memainkan tugas mereka dan sekarang bukan merupakan masa yang sesuai untuk menuding jari kepada mereka kerana isu seperti ini melibatkan keselesaan dan keselamatan rakyat tempatan.

“Jadi, kita berharap sebagai ketua kerajaan negeri, beliau dapat bersikap lebih profesional dalam perkara ini serta menjadikan setiap teguran dari pihak media untuk memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Menteri Besar Pahang yang dikatakan agak emosional apabila ditanya mengenai pendedahan akhbar ini berhubung kebanjiran pendatang asing khususnya warga Bangladesh di Cameron Highlands.

Inilah MB yang biasa mencarut dan bercakap buruk pasal orang lain. Pada dia, dia manusia sempurna. Tak boleh buat silap.
Pada ana, kalau MB yang sama kekal untuk PRU akan datang, ana berani jamin PAS akan mencapai keputusan lebih baik.
Cuma kita kena tumpukan kawasan yang kita nak menang. Kena strategik.
Kalau Najib kekal MB ini…ana rasa kita kena siap sedia calon MB yang baik. Ana cadang, Ahli Parlimen Temerloh jadi MB Pahang. Pegang DUN dan Parlimen. Sesuai sangat…sebab dia ada Vellfire. Amacam? Ok?