Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan kursus pra perkahwinan secara percuma kepada golongan muda dan belia di negeri ini yang ingin mendirikan rumah tangga bermula Disember 2013.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, kursus pra perkahwinan secara percuma itu dijalankan secara berkala di semua daerah di negeri ini.

“Untuk kursus ini, kita akan memberikan tumpuan kepada golongan muda dan belia dalam membina rumah tangga yang aman dan bahagia.

“Kita juga ingin melahirkan golongan belia yang seimbang dari segi rohani, jasmani serta mempunyai intelek yang tinggi,” katanya pada majlis penyampaian Sijil Pra Perkahwinan Islam Percuma 2014 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, kursus itu melibatkan modul-modul khusus kepada kekeluargaan dan nilai-nilai hidup dalam bekeluarga. “Kita berharap setiap golongan muda dan belia yang menyertai kursus berkenaan dapat memahami pendidikan keagamaan yang disampaikan oleh tenaga pengajar dalam kursus itu,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan, YB. Aminuddin Omar; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga serta Pembangunan Insan, YB. Badrol Hisham Hashim.

—————-
Ekonomi negeri tak bagus. Pembangunan kurang. Tarikan pelancongan pun sepi. Pelaburan baru pun tak ada. Idea malap.
Sudahnya, ini sahaja yang mampu ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah yang digembar gemburkan sebagai hebat dan kuat. Hahahahaha. Hahahaha.
Ana nampak, semakin tak ada idea Kerajaan kedah ni. Kursus pra perkahwinan ini tak payahlah MB pi rasmi. Nampak bodoh dan cikai sangat. Bagilah kat Exco sahaja.