Spekulasi mengenai Majlis Sukan Negara (MSN) akan mendapat ketua pengarah yang baharu akhirnya disahkan apabila jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Zolkples Embong ketika ini sudah pun diiklankan di laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula semalam.

Zolkples pula akan menyandang jawatan baharu iaitu selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sukan SEA 2017.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengumumkan perkara itu berkata, jawatan ketua pengarah MSN kini dibuka untuk dimohon.

“Kami sudah pun mengiklankan jawatan ketua pengarah MSN di laman web rasmi KBS dan permohonan terbuka kepada mana-mana individu yang merasakan diri mereka berkelayakan dan memenuhi kriteria yang diperlukan.

“Tempoh iklan jawatan tersebut adalah selama tiga minggu, kemudian sebaik sahaja tarikh tutup kami akan melakukan sesi temuduga yang akan mengambil masa selama beberapa minggu. Kita dijangka mempunyai ketua pengarah MSN yang baharu sebelum hujung tahun ini.

______________________

Dah tak ada orang lain ke YB Menteri?

Kalau susah sangat, apa kata lantik Norza Zakaria lagi ke jawatan itu. Mudah YB nak berurusan. Sama-sama geng rasuah.

Zolkples ini seorang yang gagal. Epic fail. Tapi masih nak diberikan jawatan jadi CEO. Bongok punya strategi.

YB mungkin lupa, akaun SUKOM 1998 (Sukan Komanwel) ambil 10 tahun untuk ditutup. Banyak sial dan celakanya.

Kali ini nak ambil orang gagal. Letih la. Ingat menantu Pak Lah ini pakar transformasi.