Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menuntut supaya pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk memperjelaskan fatwa berkenaan liberalisme dan pluralisme yang telah diwartakan.

Pihaknya dalam masa yang sama yakin tindakan yang dilakukan oleh pihak MAIS itu telah mengambil kira serta mempertimbangkan dengan sewajarnya cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini.

Namun demikian, Mujahid dan juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menuntut supaya pihak MAIS memberikan penjelasan yang lebih terperinci dengan takrifan liberalisme dan juga pluralisme tersebut.

“Takrifan liberalisme dan pluralisme itu tidak dijelaskan kerana ia terlalu umum. Adakah ia merujuk kepada menyatakan semua agama adalah sama atau merujuk kepada kepercayaan bahawa kebenaran itu adalah kebenaran relatif dalam membuat perbandingan antara agama.

“Adakah liberalisme dan pluralisme merujuk kepada kepercayaan semua aspek agama bersifat inklusif dalam hubungan antara agama atau inklusif dari sudut moral tetapi eksklusif dari sudut aqidah masing-masing?” soalnya kepada pihak MAIS sewaktu sidang media di Parlimen, hari ini.

Bukan itu sahaja, pengertian berkenaan isu pluralisme dan liberalisme itu tidak dizahirkan dalam fatwa yang telah diluluskan.

Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan Sisters In Islam (SIS) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.

Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

—————-
– Ana sokong penuh pandangan Mujahid dan rakan-rakan. Kita jangan jadi gerakan Islam yang suka menuduh itu dan ini. PAS berdiri sebagai p[arti politik yang kuat kerana kita berani berjidal dan berdebat dengan orang lain.
– Jangan ketepikan Marina Mahathir (dia banyak bantu kita waktu BERSIH).
– Ajak Marina masuk PAS. Beri jawatan tinggi.
– Kita kena bergerak seiring dengan Azmin Ali yang kuat mendokong dan menjaga penganut Kristian.
– Jangan jadi parti kampung. Kita kena urban.